Au How Cheong

Au How Cheong merupakan seorang ahli politik dalam parti Barisan Nasional di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1974 bagi kawasan pilihanraya Teluk Intan, negeri Perak. Beliau bertanding atas tiket parti Barisan Nasional.Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tun Abdul Razak dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Hussein Onn.Beliau telah dipilih menjadi ahli Parlimen bagi tiga penggal berturut-turut di kawasan Teluk Intan, yang pada asalnya dikenali sebagai Teluk Anson. Pada penggal yang ketiga, beliau telah dilantik sebagai seorang Setiausaha Parlimen, Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos. Pada tahun 1986, beliau telah bertanding sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak. Setelah memenangi kerusi Sepetang, beliau dilantik sebagai seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, yang diberi tugas menjaga potfolio Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar. Beliau bersara daripada bidang politik pada 1995.Belia telah dianugerahkan dengan bintang KMN oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan AMP, PMP dan DPMP oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak.